Monday, 24 October 2011

Bukan menolak apa yang tiada,tapi bersyukur dengan apa yang ada.

Kata Hamka; bukan menolak apa yang tiada,tapi bersyukur dengan apa yang ada.


Islam banyak mengajar nilai2 yang menjadikan manusia bahagia dalam kehidupan.
Antara yang diajar itu adalah Qanaah: Tunduk dan redha dengan apa yang Allah berikan kepadanya tanpa ada sebarang perasaan tak puas hati kepada Allah.


Tidak terselit dalam perasaannya rasa tidak puas hati terhadap Allah apabila dia membandingkan dirinya dengan orang lain.Mungkin Allah memberikan lebih kekayaan pada orang lain. Mungkin dia tengok orang lain lebih berharta,lebih bahagia dan dikurniakan banyak kelebihan.
Lalu dia pun rasa resah dan seakan-akan tak puas hati dengan Allah,dengan cara Allah membahagikan rezeki.
Mungkin tidak terucap oleh kata2 tapi terselit dalam perasaan. Kenapa Allah bagi kat dia jek, dan tak bagi kat aku?


"janganlah kamu mengingini apa yang Allah melebihkan pemberian kepada sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain. Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya; sesungguhnya Allah mengetahui segala sesuatu" (4:32).


Allah melebihkan sebahagian daripada kita untuk menguji sebahagian yang lain.


Kalau Allah menjadikan semua orang sama kaya, takde lagi orang duduk di bawah untuk sediakan makanan, uruskan sampah dan banyak2 lagi kerja2 yang perlu susah payah.


Sabda Nabi diriwayatkan oleh Bukhari: Bukanlah kaya itu pada banyaknya hartanya, tapi kaya itu dengan jiwa yang kaya.


Lalu Hamka menyebut: Bukan menolak apa yang tidak ada, tapi bersyukur dengan apa yang ada. 


Apa yang Allah bagi nak dan tambah, kita bersyukur. Kalau tidak ada kita sabar dan tak perlu resah gelisah. 


Tapi agama bukan melarang kita cari lebih,tapi apa yang Tuhan bagi ni kita berterima kasih. Dan dalam mencapai sesuatu,buatlah bersungguh2 kerana Allah sangat suka kalau kita bersungguh2 melakukan sesuatu pekerjaan.


5:87 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.


Sabda Nabi Muhammad (SAW):Jadilah orang warak,nescaya kamu akan jadi orang yang paling kuat beribadah.
Dan jadilah orang yang qanaah,nescaya kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur.


Allah Maha Mengetahui dengan kadar yang patut untuk kita. =)


Dipetik daripada video Dr MAZA http://www.youtube.com/watch?v=qEcb332Brdo

No comments:

Post a Comment