Saturday 1 October 2011

Baru kenal jiran sebelah.

Hari ini kami baru sahaja berkumpul sama-sama untuk senior-junior meeting untuk budak IMU tapi bukan IMU pun dilalu-alukan. Yang masak Xin Ying dan Temo, aku dan Yoke Hong datang rumah tolong sikit2 saja.Empat-empat dari IMU dan semua satu batch. So, datanglah semua orang dari batch junior, kawan batch lain, senior dan juga yang dah bekerja. Ini memang tradisi setiap tahun. Sekali junior masak, sekali lagi senior masak.

Ada satu benda yang membuatkan aku sangat2 bersyukur belajar di Glasgow ini iaitu mengenali kawan yang lain rumpun dengan aku.Kawan Cina dan India.Bukan setakat kenal jumpa cakap hi dan hello tapi kenal hati,budi dan perangai masing-masing.

Peluang ini memang takkan aku ambil kalau belajar di Malaysia. Yelah,siapa yang nak keluar dari zon selesa kalau tiada faktor luar kan untuk menarik kita kan. Persekitaran aku menaik aku keluar dan memasuki rumpun mereka. Bukan sahaja masuk berlegar-legar dalam umpun mereka,tapi kami semua keluar dari zon selesa kami masuk ke dalam zon yang lebih selesa,zon tanpa batasan. Semua orang tidak lagi menilai 'kau Melayu jadi kau begini, kau Cina jadi kau begitu' tapi semua orang hanya ada satu tujuan. Mencapai cita-cita dan enjoy life to the fullest.

Macam mana kita cuba semaikan mindset untuk jadi macam tu,ia takkan berkesan kalau tidak berada dalam environment sebagai acuan mengubah mindset ni. Acuannya ialah berkawan dengan semua orang bukan sahaja dengan mengenali bangsa, agama dan kulit muka tapi juga mengenali hati budi dan perangai masing-masing. Akhirnya, kita sampai pada satu kesimpulan, semua orang adalah sama. Kita mengalami konflik hidup yang sama, cara pemikiran yang sama dan nilai kemanusiaan yang sama.

Walaupun aku seorang je yang datang dari rumpun lain,tapi aku langsung tak rasa perbezaan tu. Inilah zon selesa yang sebenarnya. Campaklah kita di mana pun kita masih selesa, masih mampu melonjakkan potensi diri tanpa rasa diskriminasi mahupun inferioriti.

Aku teringat 4 tahun lepas kali pertama berada dalam kumpulan PBL yang semuanya Cina semasa di IMU. Aku tahu apa tanggapan mereka pada rumpun aku, dan aku pula ada tanggapan tertentu pada mereka. Dan semua ini menyebabkan persaan inferioriti yang amat sangat. Aku sangat terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa apatah lagi menghasilkan pendapat dan idea.Itulah zon yang paling azab pernah aku lalui dalam hidup.

Tapi hari ini, aku selesa berguran, berkawan dan bermain dengan mereka. Tanpa prejudis.Antara saat paling manis dalam hidup mengenangkan betapa baik, happening,comel, positif dan caringnya jiran sebelah aku ni. Tapi masih punya dilema dan konflik seorang manusia biasa. Banyak nilai hidup mereka yang sebenarnya lebih kurang sama dengan orang-orang dalam rumpun aku.Syukur Allah menempatkan aku di sini,Walaupun lambat mengenali mereka,tapi aku masih berpeluang untuk mengenali hamba-hambaNya yang lain dengan rumpun aku.

Indahnya hidup tanpa prejudis.

No comments:

Post a Comment