Friday, 30 September 2011

Astaga, setan jenis ape ko ni?

Apakah modal hangat untuk melariskan filem2 Melayu zaman kini?

Kalau ikut cita rasa anak beranak Encik Yusuf Haslam and Co, mereke gemarkan ciri2 yang sarat dengan adegan gansgter, merempit, gangster,dadah, gangster, cinta, gansgter, dan merempit lagi. Mesti bangga gangster2 seMalaya ini, kewujudan dan kerosakan akhlak mereka diakui dan ditampilkan dalam wayang. Eh tak payah wayang, budak 3 tahun pun dah boleh belajar nilai2 murni gangster2 kat tv, bersama sanak saudara abang kakak ketika pagi,tengahari,petang dan malam raya. 

Ade satu lagi yang semakin glemer iaitu adegan atas katil. Filem macam bagus tahap gaban orang putih lah nak wat adegan lucah camtu. Isi cerita takde, side effect tak meletup, pengambaraan kat satu tempat je, tapi ada hati nak sama lucah dengan cite orang putih. Orang putih tu tak tahu pape pasal Islam doh, kalau dorang tahu dan dapat hidayah memang orang Melayu jela banyak dalam neraka nanti.Erm, pembuat2 filem ni ade kisah ke pasal Hari Akhirat? Tengok cerite Doomsday tapi bukan ambil peduli pasal Hari Akhirat pun.

Tapi ada satu lagi style yang menjadi kegemaran banyak pencipta filem2 tempatan zaman sekarang. Mereka ini ibarat satu geng tak rasmi yang membuat korup fikiran kanak2 dan seantero rakyat Malaysia lah.

Modal mempersendakan agama Islam.

Mari kite review dalam filem hantu bonceng. 

1.'....Sabar yer. Jangan lupa solat. Doa banyak2'.Berlalu keluar dari rumah nak gi clubbing dengan tema lelaki yang juga seorang perempit dan ketua geng jual dadah.

2. Adegan Sofia tertidur atas kerusi dalam rumah Ucu .Konon2 kaki terkangkang, pakai baju kurung lalu sajelah menampakkan peha. Si Ucu dan kawan die masuk dan menunjukkan adegan teransang die ,tapi kawan die menenangkan dia dengan melaungkan azan.

3,4,5,6,7,8,9,10... 80% plot dalam cerita tuh. 

Aku terlalu sensitif? 

Ok, cuba tepuk kepala tanya diri sendiri, banyak2 kelompok masyarakat Islam di dunia ni, kelompok mana yang banyak menggunakan modal nilai2 Islam sebagai tujuan nak buat lawak? Ade dua jek percayalah. Malaysia dan Indonesia. Obvious nak mampus dua ekor tu. Orang Arab ade tak?Orang Pakistan ke? Orang Islam kat China? Takde doh. 2 negara yang berani melabelkan negara sendiri sebagai negara Islam. Sebab tulah dorang gembira suka hati nak mempersendakan agama, ajak2 semua penonton gelak sekali,secara sedar atau tak sedar. Tak menghargai Islam yang dorang ade. 

Mana ada orang kat dunia ni kisah pasal cerah kalau dorang tak pernah duduk dalam gelap. Asyik cerah jek, mulalah rasa terik matahari walaupun cerah sebab lampu neon. Mulalah rasa berpeluh sebab panas matahari padahal tak tahan pedas. Padahal tak sedar cerah sebab lampu dan kena bayar bil tinggi kalau tak pandai guna. 

Faham tak apa yang aku nak sampaikan? 

Orang Islam ada tanggungjawab dia. Allah dah janji semua orang tidak akan diberi balasan kecuali setimpal dengan amalan yang dia kerjakan di dunia.

Eh, dorang apa kisah Allah cakap apa dalam Al-Quran. Janji duit masuk lepas buat filem walaupun tak sebanyak box office. Kecuali beberapa filem je. Apa nak jadi dengan generasi akan datang bukan dia hidup lagi nak tanggung. Cucu dorang nanti yang kena tanggung. Dia nak kena tanggung benda lain pulak dalam kubur tu nanti. 

Ps:Orang puith pun banyak filem merosakkan minda dorang, sebab tu golongan yang baik dan berjaya kenalah deal dengan golongan yang rosak dan sampah masyarakat.






No comments:

Post a Comment