Thursday, 8 December 2011

Daripada gale-force wind hingga ke Hurricane Bawbag

Hari ini bumi Scotland (terutamanya) dan Ireland dilanda taufan yang paling dasyat dalam sejarah. Hampir semua sekolah ditutup, semua jambatan dan banyak jalan raya ditutup, servis bas dan keretapi dibatalkan. Bukan tu je,banjir pun join memeriahkan lagi bencana alam kali ni terutama kawasan dekat-dekat dengan tasik dan laut sampai tenggelam separuh kereta-kereta yang tak bernasib baik ter'parking' di situ.

University of Glasgow telah mengirim 3 pucuk email memberitahu semua kelas dibatalkan dan semua exam hari ni akan ditangguhkan a.k.a 'HARI NI UNI TUTUP, SO KORANG ENJOY UPDATE FACEBOOK PASAL HURRICANE KAT RUMAH KORANG JEKLA YEK. LUAHKAN PERASAAN KEKECEWAAN (TENTANG KUATNYA ANGIN DAN KESANNYA) DAN KEGEMBIRAAN (TAKDE KELAS) DI STATUS MASING2 DAN MARI LIHAT SIAPA YANG PALING BANYAK ORANG 'LIKE' DAN 'COMMENT' STATUS ANDA'.

Tetapi aku tetap gagah berjalan merentas angin kencang untuk ke hospital (10 minit jalan belakang rumah jek) sebab kena jumpa supervisor. Dan aku selamat dan tidak terbang ditiup angin dalam perjalanan balik petang tadi. Oh, aku join update status malam.

Aku tidak terkecuali untuk jadi orang yang cuba update berita pasal taufan ni. Maka keluarlah beberapa vocab baru kat berita BBC lalu aku pun google la ape maksudnya.

1.  Gale-force wind

Aku ingatkan unit baru untuk angin, tetapi gale tu refer pada bacaaan kelajuan tertentu dalam Beaufort scale. Dengan erti lainnya refer pada very strong wind. Well,it was gale-force wind this morning but it worsened and had become hurricane. Gale juga boleh digunakan dalam konteks gelak terbahak-bahak  Eg:Gales of laughter.

2. Hurricane Bawbag.

Yang ni memang tak boleh blah. Bawbag tu kalau bukak urban dictionary (maksudnya bukan proper English ,at least not yet), bawbag ialah colloquial (local) term yang digunakan oleh rakyat tempatan Scotland yang membawa maksud bodoh,dungu dan tak guna.(useless,plain stupid person) Ia juga refer pada scrotum lelaki. Kiranya orang yang bongok tu ,tahap dungunya disamakan dengan male genital part yang kurang cantik tu. Kamus tu yang cakaplah.

Adoyai,siapalah yang mula menggunakan perkataan yang hodoh tu untuk menamakan taufan kali ni. Kiranya dorang menyumpah la sebab taufan dan angin kencang ni sangat teruk dan mengganggu aktiviti hidup dorang. Jeng jeng jeng. INI SALAH SATU PERBEZAAN ANTARA ORANG BERIMAN DAN TIDAK BERIMAN.

Orang beriman akan reflect taufan kali ini sebagai ujian atau tanda amaran atas kerosakan yang berlaku atas bumi ini oleh Pemiliknya. Takut kot bayangkan Tuhan murka, tu baru angin kencang sikit tak terbang lagi. Belum lagi bumi diterbalikkan atau banjir macam tsunami yang horror tu.

Tapi orang tidak beriman mengeluh ,menyumpah dan mengherdik (dalam hati) dengan angin kencang macam ini. Tapi mana ada orang berani menyumpah atau mempermainkan banjir besar Jepun awal tahun ni kecuali seorang kartunis Berita Harian(sebab buat lawak bodoh guna Ultraman) dan seorang isteri Perdana Menteri (sebab bagi buah fikiran dangkal).

Kesimpulannya, buka mata, berfikir dan belajarlah daripada apa yang jadi dalam hidup kita tak kira daripada segi ilmu, vocab, iktibar atau apa-apa jua. Kehidupan.

No comments:

Post a Comment