Sunday 13 November 2011

Orang yang hidup berpaksikan rasa superior terhadap orang lain memang loser.

Aku selalu terfikir-fikir sama ada orang sekeliling aku yang suka memberi nasihat dan pandangan,adakah dorang memang ikhlas dan concern untuk menyumbangkan buah fikiran kepada aku ataupun hanya berlagak sedemikian kerana ingin berasa superior.

1. Yang paling aku perasan ialah kawan aku yang bernama M (bukan initial sebenar).Semua benda dalam dunia  ni,dia akan pastikan dia tahu dulu atau lebih tahu daripada kawan2 sekeliling dia. Dan bila bersembang2 dengan ramai orang,dia akan pastikan dialah watak utama. Bila dia dah habis modal dan orang lain pulak ambil alih watak utama ,dia pun mulalah nak tunjuk emo dan merasakan orang dah pinggirkan dia.

Memang patutlah banyak quote yang suruh kita 'stop wasting time living other people's life and start living your own life' lah, 'stop living to satisfy others' lah dan seumpaam dengan itu. Sebab sesetengah manusia sedar akan fenomena ini. Memang fitrah manusia suka jadi central of publisity sebab merasakan itulah kepuasan dan kejayaan hidup yang hakiki. Itu aku tak nafikan. Tapi akhirnya kita takkan ke mana-mana. Konon-konon kita ingat kita dah berlari untuk mencapai apa yang kita nakdalam hidup tapi sebenarnye kita hanye berlari setempat,sedangkan orang lain yang tak givademcare terus bergerak ke hadapan.

2. Ada satu lagi jenis orang yang lebih kurang macam ni tapi teknik dia lain sikit. Ni kebanyakannya aku jumpe dalam fenomena antara kaum X dan kaum Y (bukan initial sebenar). Kaum Y ni lahir2 memang merasakan semua orang dalam kelompok tu lebih hebat daripada sesiapa pun dalam kaum X. Memang perasan nak mampus lah Y ni, apa2 idea X bagi dia pandang sebelah mata, dialah yang paling hebat,kaya dan genius dalam negara tu. Tapi bila sampai ke negara orang lain yang dinominasi oleh kaum A( bukan initial sebenar), Y automatically tak rasa pulak superior malah sedikit inferior sebab lahir2 memang rasa semua orang dalam kaum A lebih hebat daripada sesiapa pun dalam kaum Y. Oleh sebab Y berasa sedikit inferior, dia pun menggunakan kelemahan X seperti tidak kaya, English tak terel dan sifat2 negatif orang lain dalam kaum X untuk compensate balik rasa inferiority Y. Memang Duckinglah setiap kali aku jumpa orang Y yang macam ni. Tapi tak semua orang Y camni. Y ni ada jek baik macam malaikat dan caring nak mampus. Yang ni memang antara kawan yang paling aku sayang.

3. Ada satu lagi fenomena aku perasan memang dah jadi darah daging kebanyakan orang kat dunia ni. Yang paling jelas depan mata aku ialah orang M lah (initial sebenar). Dorang ni memang hidup bertemakan 'sapa yang lagi nampak kaya maka dialah yang lagi hebat'. Nampak kaya tu termasuklah jam brand apa yang dia pakai, handbag apa yang dia guna, restorang mana yang die pergi sampaila kereta apa yang dia guna. Semua barang yang berkonsepkan untuk tayangan umum, maka di situlah fokus dia. Padahal dalam bank adalah 500 ringgit, hutang bank berlambak-lambak, rumah sendiri pun tak plan nak beli lagi, Jangan cakaplah apa sumbangan bangsa dan agama yang yang dia dah buat. Yang penting semua kebendaan tu kena lengkap barulah dia nampak perfect pada kaca mata orang lain.

4. Orang2 yang jenis dan subjenis macam ini mungkin mempunyai masalah dalaman yang kronik. Inferiority complex yang dasyat. Maka dia berusaha sedaya upaya menggunakan kelemahan orang lain sebagai alasan untuk dia berasa superior dan bersembunyi di sebalik bayang2 sendiri. Mungkin juga orang-orang camni telah tersemat utuh dalam fikiran dorang yang dorang akan memperoleh kebahagiaan hakiki andai dapat memliki segala-galanya dalam dunia ini berbanding orang lain.

Loser.

No comments:

Post a Comment