Monday, 6 June 2011

I dropped my sixth sense somewhere

Observant adalah perkataan terakhir boleh digunakan untuk describe diri aku. Bile aku cube je nak observe pasal sesuatu perkara, aku rase ada penghadang kepada insight aku. Memang susah nak nampak atau nak catch up terutama bile melibatkan spatial visual. Tempat ke, gambar ke, live event ke, cari barang hilang ke,etc.

Aku tengah cari jawapan sejak bila dan kenapa aku jadi macam ni.

Maybe sebab IQ aku dah menurun dengan galaknya sejak 2,3 tahun ni sebab bila terima apa-apa maklumat aku tend untuk mengingat instead of faham 100% termasuklah yang berkaitan medic. Sebab aku takut kalo aku cuba faham nanti aku lupa, baik ingat jek kalo tak faham boleh jek regurgitate jek balik apa yang aku ingat tu. It turn out to be such a bad thought sebab kalau tak faham satu habuk pun mustahil ko boleh memuntahkan balik benda-benda tu kecuali kes minor. 

Orang putih kat sini memang kebanyakannya jenis yang pandai mencari sebab di sebalik sesuatu dan tahu macam mana nak approach sesuatu benda walaupun diorang tak pernah dengar pun pasal tu. Kemungkinan besar ialah sebab sistem pendidikan dorang dah melatih dorang berfikir bukan menghafal dan menggunakan insight dorang sepenuhnya. Tak puas hati betul aku tengok dorang senang2 jek nak derive any issues. Oh dan dorang memang dilatih sejak kecil untuk mengeluarkan idea dan memberi pendapat/ komen/komplen tentang pape jek.Aku rasa inilah essence utama kenapa sistem negara orang putih sentiasa maju dan bergerak ke hadapan tak kira lah sistem pendidikan ke,sistem kesihatan ke,sistem clubbing ke,sebab dorang ada jek benda nak komen kalau rasa tak puas hati. Contoh paling jelas kat dalam medical school aku ni, dorang sangat ambil berat tentang borang feedback, sama ada orang yang membuat borang feedback atau orang yang menjawab soalan feedback tu. Dengan cara ni, dorang akan cuba improve lagi mane-mana yang kurang walaupun benda tu dah memang superb.

Okla,pasal nak ingat tempat tu aku agak redha jugak sebab banyak jek orang yang pandai tapi tak ingat jalan. Dan kebanyakannya pun macam redha, dah takde eidetic memory nak paksa camne lagi. Walaupun aku cuba nak concentrate setiap kali aku datang satu tempat baru, ia selalu berakhir dengan kekecewaan dan kesesatan. Tapi mana boleh ada lack of insight kalau nak jadi doktor yang bagus sebab itulah kuncinya terutama dalam keadaan emergency dan masa jumpa patient yang sangat terhad.

Masa aku belajar psychiatry block, aku teringat lack of insight adalah salah satu ciri depression walaupun banyak jek mental illness lain yang yang ada ciri ini. Mungkin aku ada very mild depression kot. Mungkin jugak aku lack of insight bila nervous atau rase tak confident. 

Satu lagi isu ialah macam mana nak jadi observant. Ada beberapa orang yang aku kenal memang sangat observant. Dan kebanyakannya orang-orang yang boleh dikatakan genius,bila tanya papa dorang mesti tahu sebab dorang suka observe. Someone wrote in his blog that he likes to observe and read because when he reads he will tend to observe to confirm things that he reads is true. it goes the same when he observes, he tends to read about it whenever it deserves his keen readings. Aku nak jadi observant, conscious and understand tentang apa yang jadi atau yang berubah di sekeliling aku. It's a skill one has to learn since a young age tapi aku baru nak belajar sekarang boleh tak? 

Aku banyak kali berazam nak gunakan seaktif-aktifnya kelima-lima sense aku. Lima ke? Lihat,dengar, hidu, rasa lidah dan rasa dengan sentuhan. But already have the problems. My eye sight can be limited sometimes especially bila aku pakai contact lens yang selalu tak cukup power sebab aku ada astigmatism, pening bila pakai cermin mata lama-lama dan mata berair. Telinga aku rasa macam dah rosak sikit sejak masuk air pancut shower yang takde penapis hujan masa kat asrama dulu. Yang lagi dua deria tu ok lagi kot.

Kita selalu dengar manusia ada the sixth sense kan,aku rasa yang ke enam tu ialah intuition. Mungkin itulah dinamakan 'hati' yang Allah berikan pada manusia,tidak ada pada makhluk lain. Memberi kelebihan kepada fitrah manusia untuk menilai mana yang baik mana yang buruk, tinggal nak ikut ke tak je. Tapi aku rasa aku kurang intuitive sense tu, maybe bukan daripada segi nak nilai baik buruk tapi daripada segi ketelitian dan pemerhatian. Sebab banyak kali aku tak percaya pada diri aku sendiri. Kesian diri aku yang satu lagi tu. Bila masa dia cuba bangun nak tunjukkan cue pape, aku mesti taknak percaya. Bukan setakat taknak percaya tapi tak bagi pun dia resurface untuk menyatakan sesuatu. Sebab banyak kali juga dia tersilap. Tertukar-tukar antara benda A dengan B. Bila aku perlukan dia gain confidence untuk bercakap dengan orang lain, banyak kali jugak dia bagitau info yang yang kurang tepat. Haish.Tak confident mungkin punca utama kenapa aku rasa ada penghadang untuk minda aku melihat sesuatu perkara dengan teliti. 

Mungkin juga rasa takut kalau tak dapat nampak sesuatu perkara yang menyebabkan aku tak dapat memaksimumkan intuition aku. Orang kata to be afraid of not trying rather than being afraid of failing. Mungkin aku kena sentiasa berfikir macam ni, ikat kemas-kemas letak dalam dada. Bukan setakat tu saja, mungkin aku kena pandang positif dan yakin aku boleh melakukannya.

Atau mungkin sebenarnya sebab selama ni aku berfikir banyak sangat dan risau pasal benda ni tanpa cari solution yang menjadikan aku tak dapat memaksimumkan potensi diri aku.


No comments:

Post a Comment