Saturday, 9 June 2012

Hikmah = wisdom.

Baru jek 2-3 bulan lepas terlintas dalam otak aku yang hikmah adelah wisdom. Aku selalu tak faham sangat maksud hikmah. Bila orang cakap 'ade hikmah di sebalik semua ni', aku rasa maksudnye macam ade 'sesuatu sebab yang kita taktau apa dia di sebalik dugaan tu yang mungkin kita hanya tahu beberapa ketika selepas tu'. 

Atau dalam doa sebelum belajar yang kita selalu baca mase sekolah dulu tapi malangnya tidak lagi diamalkan sejak umur meningkat dewasa. 'Ya Allah, bukankan lah dadaku, berikan lah hikmah dan kurniakan sebahagian daripda khazanah dan rahmatMu , Tuhan Yang Pemurah dan Penyayang'. Apekah maksud hikmah di situ? Tidaklah aku mengerti sampailah Allah bagi neuron otak aku connect antara maksud hikmah dan wisdom. 

Oleh kerana sukar untuk faham apa maksud hikmah , unless belajar bahasa Arab mungkin kita boleh faham dengan merungkaikan maksud wisdom. 

Maksud wisdom.

Familiar dengan perkataan wise man? Wisdom selalunya berkadar terus dengan pengalaman. Tapi budak 3 tahun pon boleh dipanggil wise kalau tindakan dan perkataannya adelah wise. 

Lalu apakah yang dikatakan wisdom?

Ada orang mengertikan wisdom adalah perkataan dan perbuatan yang sesuai dengan masa dan orang yang sesuai. 

People can be smart but not necessarily wise. True. But then again it depends how we interpret smart itself. Smart in solving Maths but cannot apply Maths in solving a real life problem. Then it is not wise. 

On the other side, making a smart decision can be interpreted as making a wise decision.

This is the point where theory should meet the practical and it is essential in every field of studies. Because we study so that we can solve problems in real life, for the better humanization.

Perlunya kita berhikmah/ be wise dalam kehidupan harian.

It's always easier to say than be done. Hikmah/ wisdom tidak datang bergolek pada kita, tapi perlu dipetik, digali, dicangkul, dikait, diasah dan dipelajari daripada mana-mana sahaja. Pengalaman, kelas, kuliah, orang, cerita, berita dan percutian. Dan hikmah tidak akan datang pada kita tanpa izin Allah. Sebab tu doa sebelum belajar antaranya mintak Allah berikah hikmah dan rahmatNya, supaya apa yang kita belajar tu dapat kita aplikasikan. 

Wisdom memandu manusia menjadi 'manusia'. Yang punya matlamat dan tujuan hidup, punya cara hidup yang tidak tunggang langgang. Menjadi masyarakat yang bertamadun. 

Semua bermula dari dalam diri. Bermula dari benda kecil seperti urus masa, urus makan, urus kewangan, sampailah kepada benda lebih besar seperti pilih pasangan hidup, kerja, urus keluarga, menyumbang pada masyarakat dan sebagainya.

Konklusi

Understand, speak and act on it. Faham,sebarkan dan buat.